Facebook

PENGURUSAN SISTEM (ANALYSE TECHNICAL SYSTEMS & MONITOR AND CORRECT PERFORMANCE OF SYSTEMS)



EMPLOYABILITY SKILLS



PENGURUSAN SISTEM
ANALYSE TECHNICAL SYSTEMS & MONITOR AND CORRECT PERFORMANCE OF SYSTEMS


1. DEFINISI SISTEM
       System adalah satu set entiti, sama ada yang boleh dilihat atau abstrak, yang mana setiap komponen rapat dengan sekurang-kurangnya satu komponen yang lain dan mempunyai objektif yang sama.

     Subsistem pula adalah elemen-elemen yang juga merupakan system, dan adalah sebahagian daripada keseluruhan system. System juga merujuk kepada rangka kerja, sama ada perisian atau perkakasan, yang direka untuk membolehkan program-program perisian untuk dilaksanakan dan berfungsi.


2. SISTEM TEORI
  • Pendekatan klasik secara keseluruhannya telah dikritik kerana ianya:
o Mengabaikan hubungan antara organisasi dan persekitaran luar.
o Menekankan satu aspek organisasi atau pekerja dengan mengorbankan pertimbangan lain.
  • Usaha-usaha ini adalah berdasarkan kepada pendekatan saintifik umum yang dikenali sebagai system teori.
  • Sesebuah organisasi merupakan system terbuka, bergantung kepada input daripada dunia luar, seperti bahan mentah, sumber manusia dan modal.
  • Mereka mengubah input ini ke output dan memenuhi keperluan pasaran untuk barangan dan perkhidmatan
  • Teori system juga menekankan bahawa sesebuah organisasi adalah satu system dalam siri subsistem.
  • Teori system menunjukkan bahawa setiap subsistem adalah komponen keseluruhan dan saling bergantung kepada subsistem yang lain.

· SISTEM TERBUKA
o Organisasi yang dipengaruhi dan mempengaruhi persekitaran mereka.
· INPUT
o Pengambilan dan penggunaan barangan dan organisasi perkhidmatan untuk mewujudkan produk dan perkhidmatan.
· OUTPUT
o Mewujudkan produk dan organisasi perkhidmatan

· PERSEKITARAN LUARAN
o Individu dan badan-badan luar yang terlibat seperti pesaing, pelanggan, pihak kerjaan dan keadaan ekonomi.

· PERSAINGAN DALAM PERSEKITARAN
o Persekitaran sekeliling sesebuah firma: contohnya pembekal, pelanggan dan pesaing.

· PERSEKITARAN MAKRO
o Persekitaran yang paling umum : termasuk kerajaan, keadaan ekonomi, dan factor-faktor asas yang biasanya memberi kesan kepada semua organisasi



3. JENIS REKA BENTUK SISTEM

Ø System pembuatan
Ø System social
Ø System teknologi maklumat dan perisian
Ø System kolaboratif (seperti internet, system pengangkutan pintar dan gabungan system pertahanan udara)

3.1 kejuruteraan system
  • Konsep kepada sesuatu system biasanya dijelaskan dengan baik.
  • Konsep tersebut digunakan dalam pelbagai konteks dan merupakan perkara penting dalam aktiviti asas kejuruteraan seperti perancangan, reka bentuk, pelaksanaan pembinaan dan penyelenggaraan.
  • Kejuruteraan system merupakan satu pendekatan yang menggabungkan beberapa elemen dan bertujuan untuk merealisasikan suatu system yang Berjaya.
  • Kejuruteraan system menggabungkan beberapa disiplin dan kumpulan-kumpulan khusus untuk bentuk satu proses pembangunan berstruktur yang terhasil daripada pembentukan konsep, pengeluaran, operasi dan pelupusan.
  • Kejuruteraan system merangkumi perniagaan dan keperluan teknikal para pelanggan dengan matlamat untuk menyediakan produk yang berkualiti yang memenuhi keperluan pengguna.
3.2 sistem sains
  • Merupakan satu teminologi yang telh digunakan semenjak 1960an yang merujuk kepada bidang sains yang meliputi teori system, sibernetik dan sains system kompleks.
  • System sains memperkatakan tentang pengurusan diri, kemunculan, system ejen pelbagai, system terbuka, system tertutup, maklum balas dan fenomena berkaitan.

3.3 sistem dalam sains computer dan maklumat
  • · Dalam sains computer dan maklumat nin sesuatu system juga boleh menjadi satu kaedah atau algoritma. Sebagai contoh; terdapat system mengira, menggunakan angka roman, pelbagai system penyusunan kertas, atau katalog, dan pelbagai system.
  • · System ini juga boleh digunakan untuk merujuk kepada rangka kerja, sama ada perisian atau perkaaksan, yang direka untuk membolehkan program-program normative dan corak tingkah laku social / budaya.
  • · Sains kognitif dan social mengiktiraf system dalam diri manusia dan masyarakat.



3.4 sistem pemikiran
· Ia merupakan corak pemikiran dan penyelesaian masalah.
· Ia bermula dengan mengenal pasti sifat-sifat system dalam permasalahan yang diberi.
· Ia boleh menjadi satu kompetensi kepimpinan.
· Sesetengah orang berupaya berfikira secara global tetapi tindalannya berlainan.
PENGURUSAN SISTEM (ANALYSE TECHNICAL SYSTEMS & MONITOR AND CORRECT PERFORMANCE OF SYSTEMS) PENGURUSAN SISTEM (ANALYSE TECHNICAL SYSTEMS & MONITOR AND CORRECT PERFORMANCE OF SYSTEMS) Reviewed by Unknown on 8:06 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.