Facebook

MENGURUS AKTIVITI KERJA (APPLY PROBLEM SOLVINGSTRATEGIES)



EMPLOYABILITY SKILLS



MENGURUS AKTIVITI KERJA
APPLY PROBLEM SOLVINGSTRATEGIES


1. PENGENALAN
     Setiap masa dan setiap hari kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan tidak kira di mana kita berada seperti di rumah, di tempat kerja, semasa bermain atau semasa berada di kedai runcit. Setiap orang akan merasa lega atau hebat sekiranya adapat menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa perlu melalui kepayahan atau kesulitan

     Penyelesaian masalah merupakan satu seni kerana tiada satu pendekatan yang universal dalam menyelesaikan masalah.


2. KENALPASTI MASALAH
      Perkara yang perlu dilakukan dalam menyelesaikan masalah ialah dengan menyatakan masalah tersebut. Mencari penyelesaian kepada masalah mendapat maklumat sebenar dan kefahaman tentang perkara yang perlu dilakukan.

Pertimbangkan persoalan di bawah:
· Apakah permasalahannya?
· Adakah ia masalah saya?
· Adakah ia boleh selesai dengan sendirinya?
· Adakah berisiko sekiranya saya mengabaikannya?

3. MENGANALISA SEBAB-SEBAB
    Sebaik sahaja masalah dikenalpasti, seterusnya perlu menganalisa penyebabnya. Analisis ke atas penyebab kepada permasalahan sepatutnya menjurus kepada penyelesaiannya.

Pertimbangkan persoalan ini:
· Apakah sebab atau sebab-sebab kepada permasalahan tersebut?

4. MEMBINA PENYELESAIAN ALTERNATIF
    Lihat kepada masalah dalam perspektif yang berbeza, cuba dapatkan perspektif baru yang anda tidak pernah terfikir. Kaedah lain ialah Nominal Group Technique (NGT) di mana ahli kumpulan menulis idea di atas sekeping kertas yang kemudiannya disalin ke atas papan putih.

Sebaik sahaja semua penyelesaian alternative disenaraikan, perlu ada sikap terbuka kepada setiap kemungkinan, berikan tumpuan kepada:
· Perlu lebih maklumat
· Penyelesaian yang baru
· Boleh digabung atau dibuang
· Akan bertemu sesuatu yang berlawanan
· Kelihatan seperti memberikan harapan atau mengujakan

5. MEMILIH DAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK
     Penyelesaian pertama yang difikirkan tidak semestinya penyelesaian yang terbaik walaupun ia diterima oleh semua adalah lebih baik sekiranya penyelesaian terbaik dipilih bedasarkan kriteria yang ditetapkan.

Membina perancangan untuk pelaksanaan:
· Proses langkah demi langkah atau tindakan dalam menyelesaikan masalah
· Mengenalpasti sumber / peruntukan
· Jangkamasa pelaksanaan

6. MENILAI KESAN SESUATU PENYELESAIAN
      Peringkat terakhir dalam menyelesaikan masalah ialah menilai kesan penyelesaian. Bermaksud mengumpul maklumat sejauh mana penyelesaian itu dapat dilaksanakan

      Kita tidak harus menganggap bahawa hanya dengan melalui langkah-langkah yang sebelumnya tindakan yang dilaksanakan akan menyelesaikan masalah. Kesan berterusan penyelesaian perlu dinilai, sebaik-baiknya dari segi kriteria kejayaan yang boleh diukur di mana semua pihak yang terlibat bersetuju.
MENGURUS AKTIVITI KERJA (APPLY PROBLEM SOLVINGSTRATEGIES) MENGURUS AKTIVITI KERJA (APPLY PROBLEM SOLVINGSTRATEGIES) Reviewed by Unknown on 7:54 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.